Tuesday, 15 September 2009

TiaP-TiaP HaRi, kuCuPaN Sayang.... BoLeH?

Cium anak pun boleh dapat pahala
(something GREAT to share)

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya  mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;  “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

 

10 comments:

  1. everyday tak putus2 i cium anak...

    ReplyDelete
  2. I forward this to my mum's email.. Dapat pahala tak?

    ReplyDelete
  3. tak sah kalau tak cium anak. kejap2 mesti nak kish2 dorang.

    ReplyDelete
  4. Sampai Adly naik rimas kena cium kat batang hidung dia, tiap2 kalai me balik kerja and nak sleep...

    ReplyDelete
  5. Wuussh menambahkan ur mum nyer pahala so u oso dapat pahala...
    Wah ur ibu oso got email eh? Classs ahh!!!

    ReplyDelete
  6. psst..zue, cium anak dpt pahala..kalau cium suami dpt apa ek?..('',)

    ReplyDelete
  7. Nyah,
    Wanita yg melayan suami dengan baik ketika suami pulang dari kerja, pahala nya JIHAD...
    Wanita yg melihat suami dgn kasih sayang, akan dipandang Allah dgn penuh rahmat...
    Wanita yg menjaga solat, puasa & taat kepada suami, Allah izinkannya memasuk syurga dari mana2 pintu yg dia suka...
    Wanita yang melayan suami tanpa khianat, mendapat pahala 12 tahun solat...
    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  8. wahh...bertuahlah kita jadi wanita kan?..sangat mudah utk kita dpt pahala dan rahmatNya..('',) Thanx zue..for sharing..

    ReplyDelete
  9. aku chuker cium anak2 aku waktu mereka baru bangun tido...
    bau bushuk tu yng asli dan yang powerr to the max! hahaa

    ReplyDelete
  10. Oh yess yess!! Lepas cium then dorang tersadar, terus cakap... "Ibu nak work?"
    Alahai, macam tak nak pi work gitu bila dengar their sweet voice

    ReplyDelete