On Sunday, while getting ready to choose the recent wedding photographs, I asked hubby....
"I guess u have not been following my blogs?"
"Yes.........." he answered
Minutes later, i could here the familiar song. The song which i had in my recent blog "Kau Adalah Darahku". About 2 minutes, there was a complete silence from him and I bet you, he cried....
Sesiapa pun akan rasa sedih, pilu dan hiba bila kehilangan seseorang/sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya. Walaupun dia hanya seorang ibu mertua, namun kehilangan nyer amat terasa kerana dia adalah sebahagian dari darah dagingku. Darah nyer telah mengalir not directly to me but to my precious children...
Memories bersamanya, sepanjang 10 tahun semasa zaman perkenalan "pasang surut" me and Azmi.... Memories bersamanya, sepanjang 7 tahun sebagai seorang menantu, meninggalkan kesan yang amat mendalam. Memperingatkan aku bahawasanya, dia lah seorang isteri, seorang ibu, seorang ibu mertua serta seorang nenek yang tabah, pengasih & penyayang.
Tiap kali kita melalui NUH, mata berkeliaran mencari mortuary. Disitu lah kali pertama aku menyaksikan jenazah ibunda diusung dari ward, ketempat waiting room bagi menantikan ketibaan van jenazah untuk mengundang ibunda ke teratak kami.
Takkan kulupa, detik menantinya van jenazah, tubuh ibunda diletakkan ditepi kaki lima (dalam waiting room in the mortuary). We walked pass her a few times to go in and out. Kesian ibunda, seorang diri. Takde orang pun menghampirinya untuk berbual mahupun bergurau senda. Baru aku teringat kata2 Ustaz, "Kalau kita dah mati, kita seorang diri tanpa sesiapa yang menemani kita nanti........" dapat ku rasai, apa makna ungkapan Ustaz.
Takkan kulupa, aku bersama Along, Abg Pai & Azmi merentasi hujan gerimis untuk mengeluarkan wang dari ATM di NUH bagi menyempurnakan kos jenazah ibunda.
Takkan kulupa, bau pacai mengekori kita selangkah aku, mak Leha & Along masuk ke dalam taxi untuk pulang kerumah, membuat persediaan sebelum jenazah ibunda dibawa pulang.
Takkan kulupa, jasa budi makcik kesayangan yang dipanggil Mama dikalangan cicit2 Allahyarham Haji Karim yang membantu aku seawal 5 pagi, mencarikan nombor2 talipon yang penting bagi menyempurnkan pengkebumian ibunda.... teringat aku, sebelum aku meletakkan panggilan talipon, dia berkata, "I will settle for you the flowers and daun pandan to bring it to pusara.... u take care of the rest, ok sayang"
Takkan kulupa jasa budi Cik Sa'amah yang menguruskan penghantaran nasi bungkus untuk majlis tahlil selepas pengkebumian ibunda.
Takkan kulupa, setibanya aku koridor, rumahku telahpun berubah wajah. Semua ini, atas jasa budi kakak tersayang. Ayat2 suci Al-Quran dimainkan serta segala gambar2 ceria yang menghiasi dinding dibawa turun bagi menghormati keadaan. Tikar dibentang kemas, tilam buat jenazah ibunda siap dibalut kain batik lepas. Selendang putih untuk menutupi mukanya sudah tersedia, hanya menanti ketibaan jenazah ibunda.
Takkan kulupa, apabila aku berada dilaundry room untuk menutupi poster dengan kain batik, kedengaran bunyi "reverse detector" dari van jenazah yang memecah kesunyian pagi Khamis, menandakan jenazah ibunda telah sampai.
Takkan kulupa, setibanya jenazah ibunda keteratak kami, dia dibaringkan diatas tilam yang sering digunakan nyer tiap2 kali dia semalaman dirumah kami. Tubuh ibunda diselubungi kain batik serta direnjis minyak attar sementara menantikan tukang mandi jenazah tiba untuk menguruskan ibunda. Masih aku teringat, aku menyuruh makcik kesayang ku Andak Sarimah menutup muka ibunda dengan selendang jarang supaya dapat kita tatapi wajahnya dengan puas, buat kali terakhir. Masih terngiang2 ditelinga kata2 Andak, "Tengoklah wajah mak puas2 Mi, Azmi..... nanti, lepas ni dah tak dapat tengok lagi..........."
Sob.... sob
Takkan kulupa ketika aku, Along, Andak, Angah & Cik Sa'amah yang membantu tukang mandi mayat untuk menyempurnakan jenazah. Baju kurung putih disarungkan,menutupi aurat ditubuhnya. Tudung putih menutupi aurat dikepalanya. Ibunda nampak berseri.... pancaran Nur diwajahnya kelihatan teramat sekali, lebih2 lagi bila ibunda dicelakkan dibahagian bawah kelopak mata serta kening. Masih aku ingat kata2 Along, "I was praying for miracle to happen. How i wished, she suddenly wakes up during the bathing ritual...."
Takkan kulupa saat2 akhir ketika jenazah ibunda dikhafankan. Ibunda nampak berseri2. Satu persatu ahli keluarga yang terdekat menciumi jenazah ibunda. Cucu2 arwah hanya memerhatikan segala process saat2 ibunda dikhafankan sehingga mukanya ditutup rapi menandakan tiba masanya jenazah berangkat ke pusara.
Takkan kulupa saat2 bila jenazah ibunda dimasuk keliang lahat. Ami dibahagian kepala, Abang Pai dibahagian tengah manakala Bibit, teman karib suamiku dibahagian kaki. Ami kata badan mak ringan sekali..... Alhamdulillah satu petanda yang bagus. Setelah pusara ibunda ditimbus dengan tanah, tak dapat digambarkan suasana nyer apabila talqin mula kedengaran...... selepas 7 tapak kami melangkah pergi, hanya ungkapan selamat tinggal ibunda. Semoga ibunda senantiasa tenang bersama Nya, Al-Fateha...... amin
Al-fatehah utk Allahyarhamha....
ReplyDeleteya allah!!! tak sanggup aku nak baca sampai abis Zue, u remind me of how i went thru with my late sis...Sobs..Sobs..alfateha....
ReplyDeleteSorry babe, to have reminded you of your past. I felt much better blogging it..... makes me more closer to her :)
ReplyDeletesemoga ALLAH mencucuri rahmatNYA kpd rohnya - AMIN.... remind me of my late grandma dimana i was involved in everyting utk mengurusi jenazahnya - alhamdullillah.
ReplyDeletetak dapat menahan sebak... akhirnya mengalir juga air mata ini... al-fateha untuk arwahnya...
ReplyDelete