Friday, 5 December 2008

KaU aDaLaH DaRaHku...

6 Disember 2007..
Jam 3.45pagi...
Detik mak pergi menemui Illahi,
Masih teringat lagi,
Sayup kedengaran deringan handphone Ami
Hati risau, tak tenteram
Rupa-rupanya Along talipon kirim berita,
Mak sedang kritikal......

Belum sempat kita keluar  dari rumah untuk ke hospital,
satu lagi panggilan talipon diterima,
Mak pergi buat selama-lamanya....
Masih teringat, Ami melalak... bagaikan tak dapat menerima kenyataan sebenar,
Perginya seseorang yang amat berharga dalam hidup nya...

Mak,
Cepat benar masa berlalu,
Sejak pemergian mak, kami sering menghitung hari,
Kerana kehilangan mak bagaikan satu mimpi,
Umpama mimpi, dalam mimpi...
Hilaian tawa mak masih segar dalam ingatan,
Lebih-lebih lagi leteran mak yang takkan lagi kedengaran,
Gurauan bersama cucu2, takkan dapat kami lupakan,

Mak,
Hari Isnin ni kita sambut Hari Raya Haji,
Dan pada hari tu, genap 5 tahun Nenek Mardiah tinggalkan kami,
Mi pasti, mak dan nenek bahagia disamping Illahi,
Kerana disitulah tempat yang kekal abadi,
Hingga kita semua dipertemukan pada satu hari nanti...
Walaupun dah setahun mak pergi,
Kami selalu rasa yang mak masih tetap disini,
Mungkin rindu kami amat mendalam sekali,
Tapi kenapa mak tak kunjung lagik dalam mimpi kami? 
Mak, kami rindu mak, amat rindu sekali...

Al-Fateha buat Almarhummah Morsidah @ Moridah Binte Haji Adnan....
Seorang wanita yang tabah, kuat pegangan agama Islam nya,
Seorang isteri yang setia, cukup sifat, tiada cacat cela,
Seorang ibu yang berdisiplin mendidik anak2 dari segi adab dan budi bahasa,
Seorang ibu mertua yang sering dijadi idola dalam urusan rumahtangga,
Seorang nenek yang sentiasa mengingati cucu-cucunya...

"Disetiap langkahku, ku kan selalu memikirkan dirimu..........................kau adalah darahku"

Sempurna - Gita Gutawa

10 comments: