Mak,
6 October ni genap 10 bulan mak tinggalkan kita
Namun hingga ke saat ini, kita masih dapat merasai bahawa mak masih ada
Entah kenapa hati dan perasaan ini sering merasai sedemikian
Terus terang Mi cakap, Mi rindu mak
Mi tak pernah luahkan sebab Mi simpan dalam lubuk hati Mi yang paling dalam
Tak salah kan mak, kalau Mi ada perasaan sedemikian?
Sebab Mi dah berjanji untuk terus kuat dan tabah demi Amy
Kerna ini lumrah hidup, yang hidup akan mati.....
Mak,
1 September ni seluruh umat Islam diSingapura akan menyambut bulan Ramadhan
Sambutan kali ni, mungkin takkan sama seperti Ramadhan yang sudah-sudah
Mi tak tahu macam mana keadaan Amy tapi Mi tahu dia pun rindu mak sangat-sangat
Mi memang tak sabar nak sambut sebab tahun ni, IZ nak cuba puasa satu hari
Aqil pulak nak cuba puasa separuh hari
Mak doakan moga cucu-cucu mak tabah mengharungi dugaan puasa ya mak
Mak,
IZ dah baca Iqra buku 5
Setiap kali IZ menderas bacaannya, sampai berlagu-lagu, mendayu-dayu
Amy cakap, IZ dah macam mak masa bertadarus
Mudah-mudahan cucu-cucu mak besar menjadi seorang yang beriman, berjasa pada keluarga, bangsa dan agama
Itu lah harapan Mi untuk cucu-cucu mak
Mak,
2 minggu lalu, kita ziarahi pusara mak
Selalu nya, Mi tak pernah nangis sebab Mi tahu ini lah tempat persemadian yang kekal abadi
Tapi kali ini, perasaan sebak semacam
Lebih-lebih lagi bila Mi bersihkan batu nisan dibahagian kepala pusara mak
Mi terbayang detik-detik akhir Mi dengan Along uruskan jenazah mak
Segala gambaran pada detik itu tiba-tiba datang
Mi masih ingat lagi, Along mengharapkan satu keajaiban terjadi semasa kita sedang mandikan mak
Along cakap, "How i wished she would jus come alive during the bathing ritual and how I wished everything was jus a bad dream...."
Namun harapan hanya tinggal harapan
Mak,
Mi takkan lupa bau haruman yang menemani Mi didapur semasa Mi membersihkan bekas darah dikain balutan mak dari hospital
Mi takkan lupa bau haruman yang mengikuti Mi sampai ke ofis, sehari selepas pemergian mak sebab Mi terpaksa menghabiskan urusan penting
Mak,
Kelmarin Amy bilang dia mimpi mak
Mi tahu dia rindu mak sangat-sangat, cuma dia tak nak tunjuk
Kadang-kadang dia terlepas cakap, "How i wish Hari Raya will not come"
Mi pun tak tahu macam mana suasana di Hari Raya nanti
Tapi Mi dapat jangka kan, suasana nya nanti amat berbeza sekali
Mak,
Tahun ni, dah takde orang Mi nak talipon, untuk bertanya macam mana nak masak lauk pauk lebaran
Tahun ni pun, dah takde suara orang Johor talipon untuk bertanya, "Dah beli baju raya? Kaler apa?"
Mak
Kami selalu doa agar segala kiriman doa kami buat mak akan diperkenan Allah swt
Semoga mak sentiasa tenang disampingNya
Semoga mak ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman
Semoga segala amalan semasa hayat mak, diterima Allah swt
Mak, kami rindu mak..........
mudah2an rohnya bersama org2 yg beriman....aminnnn
ReplyDeleteWe hope so too......
ReplyDelete*tears* alfateha for your MIL
ReplyDeleteKu mampu sedekahkan aL-Fateha kpada rohnyee..
ReplyDeleteSmuga dicucuri rahmat & masuk dlm golongan org² yg beriman..Insya-aLLah...
P/S: If im goin to labour on my edd date..which is on 1st nov..
Dat will be my foreva date i cant forget..which is my late dad disemadikan 15yrs back..& im goin tu dukung my dotter on dat date..
HopefuLLy dat is not d date im goin to deliver... ;$
Selagi kita cakap JANGAN, maybe it WILL BE.... *hugs*
ReplyDeletenyah before i baca ur blog tears dah jatuh berlinang... apa lagi baca sampai habis...
ReplyDelete*Alfateha buat ur MIL*
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
ReplyDeleteAl-fateha untuk ibu mertua mu.
sis.. sebak i baca ur entry.. & i tak tau kisah ur MIL hs passed on..
ReplyDeletesabar ye sis... semua akan menghadapi ini. even me dah 3 tahun ni pun, mase lagi terasa kehilangan arwah ibu i... kita cuma dapat doakan tuk kesejahteraan rohnya di sana..
Zue dearest, last year was my first hari raya without my father around. U got to be very strong for your special one cos it is going to be very emotional even before the hari raya which is the night when takbir is going to be heard.. Tis year, i am more prepared but somehow u always know tat u got to be strong for someone..in my case, it's my mom.
ReplyDeleteI doakan u sekeluarga semoga tabah dan kuat utk menghadapi lebaran akan dtg..
sis,
ReplyDeletemenjurah jurah airmata i bila baca...it's good for you to let your feelings out...
Al-fateha untuk your MIL.
*hugzs*
Thanx babe!
ReplyDeleteThats the best we can do..... :)
ReplyDeleteYup, i can imagine my hubby's reaction during the last day of puasa..... will always be strong for him, thanx fren!
ReplyDeleteYup, i tink so too..... it will make me feel more better
ReplyDeleteHugs.....