10 sifat calon suami yang baik:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Memang betol apa yang tertera diatas, indeed fakta. Lagi2 ini yang disarankan agama Islam TETAPI dorang lupa nak add ONE more thing and its:
Musti pandai home maintenance eg; drilling, ganti bol lampu, fixed a leaking tap... ahhahah jangan ketawa huh. Don be suprise some men dunno how to drill or even hold a drill!!!! Ada lelaki yang tak tahu apa tu earth wire.
So anak2 gadis diluar sana, sebelum kawin cuba tanya cik abang soalan cepu mas ni. Hahahhaha jgn setakat HENSEM jer tapi habok pun tarak...
Tralalallalaa... have a great weekend people!
9 out of 10 for me.........he he he...macam bagus je...............
ReplyDeleteAlhamdulillah!!! Hanya wifey nyer sajer yang tahu.....
ReplyDelete